Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah Ke-41 Kategori C (Terbuka)

 

KATEGORI C (TERBUKA)

Kategori C merupakan platform bagi artis untuk mengetengahkan idea, penyelidikan dan penghasilan karya catan kontemporari yang berkualiti. Berteraskan konsep Proposal-Based Entry, peserta dikehendaki mengemukakan cadangan karya terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya akhir yang akan dinilai oleh panel juri.

Melalui pendekatan ini, KPTNS bukan sekadar sebuah pertandingan seni, tetapi turut berperanan sebagai platform pembangunan artis Sabah yang memberi penekanan kepada proses pengkaryaan, kekuatan konsep, kualiti artistik dan kebolehpasaran karya seni.