Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah Ke-41 Kategori A & B

 

KATEGORI A & B

Kategori A dan B memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menonjolkan bakat serta kreativiti melalui penghasilan karya seni yang bertemakan "Warna-Warni Sabah". Peserta bebas menterjemahkan keunikan negeri Sabah melalui pelbagai aspek seperti budaya, masyarakat, landskap, alam sekitar, warisan dan kehidupan seharian mengikut kreativiti serta interpretasi masing-masing.

Kategori ini bertujuan memupuk minat terhadap seni visual, menggalakkan perkembangan bakat baharu dan membina keyakinan pelajar dalam menghasilkan karya yang kreatif serta berkualiti.